Assalamualaikum wbt, kali ini saya ingin berkongsi berkenaan Al-Masih Isa Ibni Maryam iaitu salah satu dari nabi Ulul Azmi,dimana baginda akan datang untuk memakmurkan Kuasa Pemerintahan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Kedatangan Nabi Isa a.s di akhir zaman ini TIDAK MEMBAWA HUKUM BARU tetapi melaksanakan Kuasa Pemerintahan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.
Abu Hurairah (ra) meriwayatkan bahwa Rasulullah (saw) bersabda, “Demi Zat Yang jiwaku berada di tangan-Nya, putra Maryam benar-benar akan segera turun ke tengah-ketengah kamu sebagai hakim yang adil. Dia akan menghancurkan salib, akan membunuh babi, dan akan menghapuskan jizyah. Harta saat itu akan melimpah sehingga tidak ada seorang pun yang akan menerimanya. Sehingga sujud satu kali saja kala itu jauh lebih baik dari dunia dan isinya”. (HR Bukhari)
Jabir bin Abdullah berkata, “Saya mendengarkan Rasulullah bersabda, ‘Umatku tidak akan berhenti berperang untuk membela yang benar hingga datang hari kiamat’. Rasulullah lalu bersabda, ‘Kemudian, turunlah Isa bin Maryam dan pemimpin mereka berkata, ‘Ke sinilah dan pimpinlah kami dalam sembahyang’, namun dia akan berkata, ‘Tidak! Sebab sebagian kalian adalah pemimpin untuk sebagian yang lain, sebagai penghormatan Allah terhadap umat ini’” (HR Muslim)
Abu Hurairah (ra) meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tidak ada seorang nabi pun antara saya dan Isa. Sesungguhnya, dia akan turun ke bumi. Maka jika kalian melihatnya, kenalilah dia. Dia adalah seorang laki-laki dengan ukuran sedang, berkulit putih kemerah-merahan. Dia memakai dua baju kuning terang. Kepalanya seakan-akan ada air yang mengalir walaupun sebenarnya ia tidak basah. Dia akan berperang melawan manusia untuk membela Islam. Dia akan menghancurkan salib, membunuh babi, menghapuskan jizyah. Allah akan menghapuskan semua agama di zamannya kecuali Islam. Isa akan menghancurkan Dajjal dan dia akan hidup di bumi selama empat puluh tahun dan kemudian dia meninggal. Kaum muslimin akan menyembahyangkan jenazahnya”. (Abu Dawud)Adapun kenyataan ini merujuk kepada hadith Rasulullah saw, dimana berdasarkan hadith tersebut Rasulullah saw menjelaskan kepada kita bahawa PUNCA DUNIA ini MENJADI HURU HARA adalah disebabkan SALIB dan BABI. Oleh kerana itu TUGAS UTAMA Nabi Isa a.s apabila turun ke bumi adalah untuk memusnahkan PUNCA DUNIA INI MENJADI HURU HARA.
Persoalan akan timbul, mengapa SALIB dan BABI menjadi punca DUNIA MENJADI HURU HARA! Nah disini saya akan menjelaskan serba sedikit yang berkaitan dengannya. Adapun SALIB merupakan ajaran yang menyeleweng dari ajaran sebenar Nabi Isa a.s (Jesus). Ajaran TRINITI adalah merupakan kesinambungan daripada ajaran Penyembah Berhala. Apa yang jelas KRISTIAN didirikan dengan meng-ATASNAMA-kan Nabi Isa a.s dan merujuk kepada Kitab Taurat, Kitab Zabur dan Kitab Injil yang kemudiannya di-SATU-kan dalam sebuah KITAB yang disebut KITAB BIBLE.
Persoalan sekali lagi akan timbul, jika KRISTIAN didirikan dengan meng-ATASNAMA-kan Nabi Isa a.s dengan menggunakan pendekatan Kitab Taurat, Kitab Zabur dan Kitab Injil yang disatukan menjadi kitab Bible, maka siapa PELAKON UTAMA UNTUK KERJA-KERJA YANG BERBAHAYA LAGI KUFUR KEPADA ALLAH SWT? Tetap menjadi tanda tanya! Allah swt tidak membiarkan kita begitu lama untuk mendapat jawapan bagi semua persoalan ini, kerana KEBENARAN YANG HAK hanya milik Allah swt. Sesungguhnya ILMU Allah swt meliputi segala sesuatu, hanya Allah swt.
Menyentuh tentang BABI, BABI adalah PUNCA MANUSIA MENJADI JAHAT. Tidak perlu dihuraikan panjang-panjang berkenaan haiwan ini kerana diantara kita sudah sedia maklum akan haiwan ini. Mungkin ada yang bertanya jika BABI adalah PUNCA MANUSIA MENJADI JAHAT, mengapa Allah swt MENCIPTA BABI? Jadi saya pun akan bertanya kepada saudara sekalian, jika begitu MENGAPA Allah swt MENCIPTA SYAITAN? Kan bagus kalau Allah swt tidak mencipta Syaitan, maka tiadalah orang yang berlaku jahat. Jadi kunci jawapan untuk persoalan ini adalah, JANGAN SOAL mengapa Allah swt mencipta itu dan ini, kerana itu hak Allah swt, kita ni siapa? siapa kita ni nak mempersoalkan Allah swt? Mudah-mudahan kita semua dapat berfikir dengan baik dengan petunjuk dari Al-Quran.
Nah, kita teruskan perbincangan kita disini, BUKAN secara KEBETULAN, Nabi Muhammad saw menceritakan perihal Dajjal, dimana Rasulullah saw menegaskan bahawa DAJJAL juga disebut AL-MASIH, dengan kata lain PELAKON UTAMA ini bernama AL-MASIH AD-DAJJAL. Kita perhatikan seketika, apakah kaitan semua ini dengan AGAMA KRISTIAN? Juga menjadi tanda tanya. mari kita selidiki sabda nabi Muhammad saw berkenaan Al-Masih Ad-Dajjal.
Nabi Muhammad saw bersabda: “sesiapa yang MENGHAFAL 10 AYAT PETAMA SURAH AL-KAHFI maka dia akan dipelihara daripada fitnah Dajjal.Setakat ini maklumat yang kita perolehi adalah SURAH AL-KAHFI, kerana nabi Muhammad saw bersabda Surah Al-Kahfi adalah pendinding kepada Fitnah Dajjal. Mari kita baca sama-sama, ada apa dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi.
Nabi Muhammad saw bersabda: “sesiapa yang MEMBACA 10 ayat terakhir Surah Al-Kahfi maka dia akan selamat dari fitnah Dajjal.”
(Surah Al-Kahfi)PERHATIAN: Di dalam Surah Al-Kahfi, ayat nombor 4 MENJELASKAN bahawa Al-Quran MEMBERI AMARAN kepada orang yang mengatakan “ALLAH MEMPUNYAI ANAK”. Siapa yang mengatakan Allah mempunyai ANAK? Surah Al-Kahfi yang kita bincang sekarang benar-benar menyentuh tentang AGAMA KRISTIAN.
18:1 Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
18:2 (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
18:3 Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
18:4 Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:” Allah mempunyai anak”.
18:5 (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.
18:6 Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
18:7 Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
18:8 Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.
18:9 Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ”Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?
18:10 (Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”.
Kesimpulan setakat ini menjelaskan bahawa AGAMA AL-MASIH AD-DAJJAL yang mana dikenali di dalam dunia Kristian sebagai ANTICHRIST 666 adalah PENGANUT AGAMA KRISTIAN itu sendiri. mengapa Dajjal disebut sebagai Al-Masih? Juga patut direnungkan!
Sabda Nabi Muhammad saw : “Semenjak Adam diciptakan sampai berdirinya kiamat tidak ada hal yang lebih besar dari fitnah Dajjal.Nah, Al-Masih Ad-Dajjal membawa FITNAH YANG SANGAT BESAR. Apakah FITNAH yang dibawa oleh Dajjal? Bahawa Dajjal akan mengaku sebagai Nabi Penyelamat, dengan kata lain Dajjal adalah “Nabi Pemyelamat Palsu” atau “Al-masih Palsu” dengan menggunakan/meniru identiti “Al-Masih Sebenar” iaitu Nabi Isa a.s. Mengapa Al-Masih Ad-Dajjal menggunakan identiti Nabi Isa a.s? Kerana Dajjal ingin mengumpul pengaruh yang besar dimuka bumi ini sekaligus dapat membawa lebih ramai manusia masuk ke dalam jurang NERAKA Allah swt. Inilah misi Iblis, Iblis sangat suka kalau anak-anak Adam ramai yang masuk neraka Allah swt bersamanya. Jangan lupa kisah Nabi Adam a.s dengan tipu daya Iblis dan janji Allah swt terhadap Iblis.
Setakat ini, kita dapat memahami bahawa Al-Quran sangat menentang kesahihan kitab Umat Kristian hari ini berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud;
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini ialah dari sisi Allah”, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu. (Surah Al-Baqarah 2:79)KIita dapat memahami bahawa Kitab bible sangat dipengaruhi oleh Al-Masih Ad-Dajjal, dimana Dajjal menimbulkan fitnah dengan menggunakan institusi keagamaan dan menabur fitnah ke dalam ayat-ayat Allah, dimana Kebenaran dicampuradukkan dengan Kepalsuan. Tipudaya ini sangat halus sehingga kepalsuan ini menjadi akidah kepada mereka yang buta mata hatinya walaupun celik mata zahirnya.
Akhirkata, marilah kepada ISLAM, kerana ISLAM menjamin akan kebenaran yang hakiki kerana Al-Quran benar-benar datang dari Allah swt iaitu Tuhan yang menciptakan seluruh alam ini. Saya akhiri dengan lafaz firman Allah swt yang bermaksud;
Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui. Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. (Surah Al-An’am 6:115-116)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar